Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kepada anakanda Putera dan Puteri, semoga anakanda Putera dan Puteri
berada dalam keadaan sihat sepanjang cuti semester ini.
Untuk makluman kepada Putera dan Puteri sekalian, pihak Pentadbiran
Universiti Malaya telah berbincang dalam Mesyuarat Pengurusan dan
telah menetapkan mulai semester akan datang (Julai 2008) para pelajar
tahun 1 tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan sama ada kereta
ataupun motosikal di kawasan kampus. Manakala bagi pelajar tahun 2
hanya dibenarkan untuk membawa motosikal sahaja (tidak dibenarkan
untuk membawa kereta) di kawasan kampus. Bagi pelajar tahun 3 (tahun
ini) masih dibenarkan membawa motosikal atau kereta sendiri di
kawasan kampus.
Mulai sesi 2009/2010 nanti, pelajar tahun 1 dan 2 tidak dibenarkan
membawa sebarang jenis kenderaan (motosikal dan kereta), manakala
pelajar tahun 3 pula hanya dibenarkan membawa motosikal sahaja.
Larangan membawa kenderaan oleh pelajar ini dibuat secara
berperingkat supaya anakanda dapat menyesuaikan diri kepada keadaan
baru.
Pihak Pengurusan Universiti Malaya menetapkan perkara ini adalah
bertujuan untuk mengurangkan jumlah kenderaan di Universiti Malaya
yang kian meningkat. Ini juga dapat mengurangkan kes kemalangan jalan
raya di kawasan kampus. Yang lebih mulia ialah Mahasiswa UM akan
bersama - sama dengan masyarakat dunia dalam mengatasi dan
mengurangkan masalah pemanasan global melalui pengurangan pembakaran
bahan api dari kenderaan. Ini sealiran dengan kehendak Protokol Kyoto
dalam menangani isu tersebut.
Lagipun dalam suasana kenaikan harga bahan api yang meningkat secara
mendadak ini, kita seharusnya menukar gaya hidup dengan mengurangkan
penggunaan kenderaan persendirian dan bertindak dengan menggunakan
pengangkutan awam. Oleh itu, Pihak Pengurusan UM akan menyediakan
perkhidmatan bas 'shuttle' secara percuma yang akan bergerak
diseluruh kawasan kampus.
Sehubungan dengan itu, ayahanda berharap kepada semua Putera dan
Puteri agar mengambil nilai positif dari penetapan ini dan tidak
menganggap peraturan ini menghalang dari aktiviti harian anakanda
Putera dan Puteri dalam menjalani kehidupan di Universiti Malaya.
Sekian, terima kasih.
Prof. Madya Dr. Azarae Hj Idris
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Malaya
;)
Tuesday, July 1, 2008
kereta oh kereta...motor oh motor...
Posted by 1st Year Law Student 07/08 at 9:09 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
who cares the petrol price?? if the student can afford it, let them bring their car...shithead admin officer!
nak bawak gak. hahaha
Post a Comment